快三平台

Bukit Wang Hai

2019-05-10    hits:

Bukit Wang Hai terletak berjarak 3.5 km di utara Pekan Dasi, Zon Qinbei, Bandar Qinzhou, merentasi kedua-dua pekan Dasi dan Nameng, di Timur laut menuju ke Barat daya kira-kira sepanjang 9 km dan seluas 5 km. Terdapat dua puncak di timur dan barat, puncak timur dikenali sebagai Bukit Wang Hai Timur, 425 m di atas paras laut manakala puncak barat ialah puncak utama, 479.8 m di atas paras laut, merupakan bukit yang tertinggi dalam kawasan Pekan Dasi. Jika mendaki ke atas puncak bukit ini pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat Laut Mao Wei yang jauh berpuluh-puluh kilometer di arah tenggara, maka didapat nama Bukit Wang Hai atas sebab ini. Badan Bukit Wang Hai terdiri daripada batu granit, kecerunan keseluruhan kedua-dua belah selatan dan utara bukit itu agak rata, berbentuk lengkung, tetapi kecerunan kedua-dua belah timur dan barat bukit itu lebih curam dan bahaya. Di kedalaman lembah antara dua puncak timur dan barat terdapat sebatang jalan batu yang boleh sampai ke puncak utama barat dari dasar lembah. Di bawah tengah bukit ialah hutan, pokok-pokok di dalam hutan itu tumbuh dengan lebat, tumbuh-tumbuhan di bukit dan lembah itu terbentuk dunia berwarna hijau yang kelihatan naik dan turun. Kandungan ion oksigen negatif dalam udara amat tinggi, seluruh lembah itu bagaikan sebuah bar oksigen semula jadi yang besar, merupakan tempat yang baik bagi orang ramai untuk melancong, berekreasi, dan melegakan kepanasan.

望海岭,位于快三平台市钦北区大寺镇北部3.5公里处,横跨大寺、那蒙两镇,东北沿西南走向,长约9公里,宽约5公里,有东西两个山峰,东峰称东望海岭,海拔425米,西峰为主峰,海拔479.8米,是大寺镇境内第一高峰。晴天登其顶峰往东南方可望见远在几十公里外的茅尾海,望海岭亦因此得名。望海岭为花岗岩山体,南北两面整体坡度比较平缓,呈圆弧形,而东西两面坡度稍显陡峭险峻。在东西两峰之间的山谷深处,有一条石路从谷底通往西主峰山顶。山腰及以下是森林,山间林木繁杂,漫山满谷的植物群组成了绵延起伏的绿色世界。空气中负氧离子含量极高,整个山谷俨然一座巨大的天然氧吧,是炎炎夏日人们休闲旅游、消暑纳凉的好去处。